Hantar Kad Digital π
Tulis mesej, tambah gambar dan lagu, kami hantar serta-merta. Tiada cetakan, tiada menunggu.
Tulis mesej, tambah gambar dan lagu, kami hantar serta-merta. Tiada cetakan, tiada menunggu.
Laman ini dikendalikan oleh MINIGIFT ENTERPRISE (No. Pendaftaran SSM 202603171006 / 003865353-M). Dengan membuat pembayaran, anda bersetuju dengan terma berikut:
1. Produk digital. Kad Digital ialah laman web peribadi yang dihantar sebagai pautan. Tiada barang fizikal dihantar.
2. Harga & bayaran. Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Jumlah yang dipaparkan sebelum anda membayar, termasuk semua add-on, ialah jumlah yang dicaj. Bayaran melalui FPX (ToyyibPay).
3. Pengaktifan. Bayaran FPX: kad aktif sebaik bayaran disahkan. Pindahan bank: kad aktif selepas resit anda disemak dan disahkan. Pautan kad dihantar ke email anda.
4. Tempoh aktif. Kad Jemputan aktif dari tarikh bayaran sehingga 7 hari selepas tarikh majlis, kecuali jika anda memilih add-on Simpan Selamanya. Kad Ucapan aktif mengikut tempoh yang dipilih.
5. Ketepatan maklumat. Anda bertanggungjawab menyemak nama, tarikh, masa, lokasi, ejaan dan nombor akaun sebelum membayar. Gunakan Pratonton untuk melihat kad sebelum bayar.
6. Kandungan anda. Anda mengesahkan anda berhak menggunakan gambar dan lagu yang dimuat naik. Kami berhak menyahaktifkan kad yang mengandungi kandungan yang menyalahi undang-undang, menghina atau melanggar hak cipta.
7. Pautan. Sesiapa yang mempunyai pautan kad boleh membukanya, jadi kongsi dengan bijak. Pautan urus (RSVP & ucapan) adalah untuk anda sahaja.
8. Ciri tetamu. RSVP dan ucapan dihantar oleh tetamu anda. Anda boleh membuang ucapan yang tidak sesuai melalui pautan urus.
9. Perubahan terma. Terma ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi yang dipaparkan semasa anda membayar terpakai untuk kad anda.
10. Simpan Selamanya. Add-on Simpan Selamanya bermaksud kad anda kekal aktif selagi perkhidmatan Kad Digital minigift by Juheraa beroperasi. Jika perkhidmatan ini dihentikan, kami akan memaklumkan anda melalui email sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal dan menyediakan pilihan untuk memuat turun kandungan kad anda (ucapan tetamu, gambar dan senarai RSVP) sebelum tarikh tersebut.
Kad Digital ialah produk digital yang disediakan serta-merta untuk anda, jadi tiada bayaran balik atas sebab tukar fikiran selepas kad diaktifkan.
Bayaran balik penuh diberikan jika:
Sila buat tuntutan dalam 7 hari melalui WhatsApp dengan nombor order anda (contoh: MGK7Q4XPZR).
Tiada penghantaran fizikal. Kad anda dihantar secara digital:
Tidak terima email? Semak folder Spam/Promotions, atau WhatsApp kami dengan nombor order anda.
Kandungan kad boleh dilihat oleh sesiapa yang mempunyai pautannya. Jangan masukkan maklumat yang anda tidak mahu dikongsi.
Mahu kad dan data tetamu dipadam lebih awal? WhatsApp kami dengan nombor order anda.